Diri ini

Malam tadi ,sewaktu ku tidur , tiba-tiba teringat kan abah dan mak , entah kenapa , hati ini berasa sedih , mereka semakin bertambah usia , makin ku dewasa , mereka makin tua ,yang paling membuat ku sayu , adakah diri ini telah memberi yang selayaknya kepada mereka, teringat masa sem satu , diri ini berjanji mahu membuat segala nya untuk mereka , alhamdulilah , berjaya langkah pertama , membuat mereka bangga , alhamdulilah membuat islam bangga , lahir seorang dari umat islam akhir zaman yang membuktikan kami ini yang memegang nama islam akan sentiasa menjulang tinggi agama kami walaupun di mana berada , tak kira apa yang kami ambil, tak kira rendah mana nama kami dilihat orang , alhamdulilah , bagaimanapun , hati ini terfikir , berkekalan kah , diri ini dalam berusaha mengotakan janji yang dilontarkan kepada diri sendiri , HUSNA , bolehkah kau berikan yang terbaik demi ibu bapamu ? masih berusaha lagi kah engkau ?

atau kau sudah leka dengan kejayaan kecil yang diberikan , atau kau sudah seronok dengan pujian ? HUSNA, jawablah pertanyaan ini , seronok sangat kah dipuji ? seronok sangat kah mendapat perhatian semua orang walaupun sebenarnya segala pujian itu , hanya layak nya untuk YANG MEMBERI , YANG MENGURNIAKAN , tanpa DIA menghulurkan , siapalah dirimu , wahai diri , tenanglah dikau , janganlah mudah terleka , jangan mudah tergoda, semoga ALLAH sentiasa memelihara diri , aminn ya rabbalal'amin ..

Driving

Pengalaman baru beberapa hari memandu kereta , kereta berhenti di tengah jalan , menyebabkan jam , digelakkan kawan-kawan yang sedang menunggu bas ,digelakkan foreigner yang lalu-lalang (mereka pon tahu saya tak reti bawa kereta) , dan yang paling sadis sekali , telah mencalarkan kereta ketika nak keluar parking , yang tu paling dasyat . Sungguh pengalaman inilah yang terjadi dalam satu hari , betapa tak keruan nya perasaan pada waktu tersebut , di tambah kelas yang habis pada jam 10 malam , menambah keletihserabutan ,sehingga kini , andai ada masa lapang , banyak yang dihabiskan dengan berehat supaya dapat fokus untuk kelas seterusnya, YA ALLAH hanya Engkau yang layak mengaturkan hidup kami , semoga segala urusan di permudahkan , amin ..

Bermula kembali

Bermula kembali rasa sakit,
sakit kepala , sakit jiwa,
sakit badan , dan seumpamanya ,
hari pertama kelas, sudah diberi tugasan yang memeningkan kepala, Ya ALLAH , bantulah hambaMu yang lemah ini, semoga , aku tabah hadapi segalaNYA .. amin

Kejayaan .. :)




Bismillah ,
Alhamdulilah , bersyukur ke hadrat ilahi , telah mengurniakan rezeki kepada hamba ini, Alhamdulilah..
Telah keluar result exam pada 16/ disember, 3.73 , layak untuk mendapat anugerah dekan , subhanallah , inilah kali pertama merasai keterujaan mendapat keputusan begini , alhamdulilah , planning untuk memohon biasiswa JPA,supaya memudahkan kelancaran dalam segala urusan , ALLAH lebih mengetahui , dikurniakan rezeki sebegini , saat keluarga kami kesempitan , syukur kerana dapat mengurangkan beban keluarga . semoga keputusan yang sebegini dapat dikekalkan sehingga graduate , amin ya rabbal ala'min .

peluang kedua

gambar semasa trial u pertandingan programming national di UIA, semoga tahun depan dapat merasai lagi

Lagi beberapa hari nak memasuki semster 2, lagi beberapa hari juga nak keluar result sem 1, dah agak dapat berapa , yang pasti bukan anugerah dekan , sebab mak cik merupakan lecturer di fakulti yang sama , sangat kecewa, namun cuba menenangkan diri . Bila muhasabah balik, memang banyak yang study last minute , kini , memberi diri peluang kedua , untuk sem 2, mahu berusaha yang terbaik, ingat nak print soalan final sebelum masuk kelas, supaya tak kelam kabut, kemudian ingin membiasakan diri dengan membuat list terhadap kerja-kerja yang berlambak , supaya tidak bertangguh , tidak kuat tidur dan sentiasa berusaha , memandangkan sem depan akan bergeraknya programming club challenge . Semoga segala urusan dipermudahkan , amin ya rabbalal'amin

Programming is easy.. (^-^)

Semalam menonton cerita Meatball done.. sebuah cerita kartun yang amat menarik , yang menarik dalam cerita tersebut, saintis tersebut menggunakan C++ language untuk mencipta alat yang boleh mengeluarkan apa-apa makanan .Inilah contoh aplikasi programming


Memasuki pertandingan programming menjadikan saya berasa seronok, tertekan , sedih dan sentiasa runsing , ianya bukan mengenai pertandingan , tetapi mengenai sesuatu ilmu yang dipelajari dimana kita sanggup berusaha untuk menjelajah segala yang tidak kita ketahui.
Bayangkan baru belajar selama 6 bulan belajar,dari 0 dan ada hanya 5% sahaja di dalam kepala otak, tiba-tiba terus masuk pertandingan peringkat kebangsaan , sebagai seorang yang digelar "compiler" (kerana saya selalu membetulkan jawapan kawan-kawan yang salah didalam kelas) saya telah menetapkan satu syarat iaitu mesti mendapatkan dua betul daripada sepuluh soalan , kesalahan yang dibuat saya diawal pengalaman , akibat matlamat tersebut, saya dan kawan-kawan sampai sakit-sakit berusaha menghadapi pertandingan yang ada, dan pada hari pertandingan saya telah membuat kesalahan dengan membuat 'c' kecil instead of 'C' besar , yang meyebabkan kumpulan kami tidak langsung menghantar jawapan yang betul .

Saya yang paling kecewa dengan situasi tersebut,sehingga amat mempengaruhi emosi saya untuk pertandingan seterusnya, iaitu aturcomp yang dianjurkan oleh ukm , saban hari , saya runsing memikirkan keadaan diri, sehinggalah satu hari hari saya telah berborak dengan senior tahun 3, menceritakan tentang kehadiran juara peringkat kebangsaan yang telah menyertai pertandingan aturcomp tersebut, senior tersebut hanya gelak dan bekata "ah,korang kalah la tue, just have fun", mendengar kan ayat tersebut , saya mula berfikir , kali ini saya hendak bertanding mewakili diri saya , sebelum ini, saya amat memikirkan nama ukm dan nama budak melayu , namun kali ini, saya hendak bertanding mewakili diri saya , Nur Husna , yang bermaksud mencabar segala ilmu yang saya pelajari selama 6 bulan ini, saya ingin melihat sejauh mana 5% saya tadi akan saya gunakan untuk pertandingan ini.Dan juga saya terlupa untuk mengakui kelemahan diri bahawa saya ini hamba yang lemah , dan masih banyak perlu diperbaiki . Ya ALLAH, Kau mengetahui diri ini, kurniakan aku kekuatan hati dan iman , kurniakan aku ketenangan jiwa dan perasaan, aku hambaMU yang amat lemah , hanya Engkau yang layak membantu aku Ya ALLAH ,kurniakan aku dan temanku kerjasama yang baik didalam kumpulan, kurniakan kebijaksanaan kami dalam menyelesaikan soalan , amin ya rabbalalamin.

persediaan ke UIA 22/11 ..

dulu mase matrik sangat teringin nak jadi doktor , x sangka sekarang berada dalam bidang komputer (^-^)

Alkisah bermula pada hari pertama latihan :
Saya bersama 2 orang rakan dari tahun satu bakal mewakili UKM (bersama 2 orang lagi group tahun2 dan 3) ke UIA , bagi pertandingan programming ke peringkat kebangsaan , jadi seperti biasa kami adalah tahun satu yang sangat baru dalam keadaan ini, banyak bertanya , dan tak tahu , banyak juga terpinga-pinganya, bersemangat nak jawab soalan yang susah walaupun soalan yang senang masih tidak dapat dijawab (hahaha).
Yang sebenarnye, saya agak teruja bercampur takut , kerana ini adalah pertandingan pertama saya semenjak menjadi mahasiswa, seterusnya , pertandingan ini agak menakutkan , membayangkan betapa hebatnya peserta dari universiti lain yang akan hadir , sudah tentu mereka yang
hebat , kata lecturer saya , dari UIA ada seorang yang hebat iaitu dari Bosnia , itu baru UIA , belum lagi universiti lain , apapun saya bersyukur kerana dapat merasai ketegangan ini ,saya akan jadikan ketegangan yang ada supaya menmbahkan matlamat saya lebih tinggi , justeru usaha yag ada pun akan dinaikkan .
Bagaimanapun , target saya sebenarnya , tidak lah mendapat yang tempat , yang penting bagi saya , cukuplah untuk saya mengawal perasaan semasa pertandingan , dan membuat coding dengan baik , memberikan kerjasama yang terbaik kepada rakan-rakan . Membayangkan 5 jam berada di dalam bilik yang sejuk , bersama tekanan melihat peserta lain , cukuplah sekadar , angan-angan untuk membuat yang terbaik .
Semoga segala usaha dalam perjalanan saya bersama dua orang sahabat lagi , Rian dan Wan dalam menghadapi pertandingan ini , sentiasa mendapat keredhaan ALLAH , semoga segalanya berjalan lancar , dan dipermudahkan segala urusan sehingga habis pertandingan , Amin .
p/s : amie kalo ade angah kat sane , gtaw, t sy nak cr die .. hahahahaha

Setia seorang isteri -wildan

Tiba-tiba sangat suka lagu ne, moga2 bakal jadi isteri solehah , amin :)

Di sebalik redup mata mu
Tersimpan satu rahsia
Yang terbuku ruang hati mu
Di balik senyuman mu
Tersirat simpulan
Deritanya hanya kau yang tahu

Kau setia menanti
Kau setia mengharungi

Biarpun ribut badai melanda
Kau teguh berdiri
Walau deru angin menderu
Kau tetap di sisi

Setia mu kuhargai
Kaulah isteri yang ku sanjungi
Kerana kaulah bidadari
Permata di sanubari

Ku doakan agar kau kan bahagia
Ku doakan agar tiada lagi derita
Moga Tuhan kan merahmati mu
Di syurga yang selayaknya
Untuk seorang isteri yang setia

Kekuatan hati dan akal

tempat baru yang ku tinggal, suasananya sudah lain, suasana IT, suasana insan bijak pandai, pandai menggunakan akal,pandai dalam teknologi, pelbagai kaum, yang masing-masing bersaing, hatiku gembira ku temui pesaing yang hebat, sehingga ku jauh ketinggalan, ku berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik, namun disebalik kegembiraan ini,hati ku seringkali tercalar, seringkali menangis..


diri ini,juga memerlukan tarbiyah, diri ini juga amat lemah, diri ini juga mudah tergoda dengan dunia ini, namun, tidak kusangka ada yang lebih memerlukan tarbiyah, ada yang lebih lemah , malah ada yang lebih jahil, berpakaian menjolok mata, aurat yang tidak dijaga, sosial tidak terkira, sudah berbulan -bulan ku hadapi perkara ini, melihat semuanya, diri ini amat lemah imannya, kerana hanya boleh marah didalam hati tidak boleh diluahkan dengan kata-kata, andai ku kata "kakimu aurat," kala ini mereka dengar, beberapa minit kemudian mereka lupa, keadaan yang terjadi menyebabkan ku lupa bahawa disekolah dahulu kulah pengawas yang paling tegas, di matrik dahulu, kulah timbalan exco yang paling berani, namun di dunia baru ini, ku kalah, depan mataku banyak sangat perkara lagha, depan mataku banyak sangat peringatan yang perlu diberi, sehingga ku rasakan perlunya kelas tauhid, kelas ilmu fiqh, di fakulti teknologi sains dan maklumat ini.

sudah lama tidak ku update blog ini, bukan kerana tidak ada kisah menarik, tetapi kerana banyak kisah yang bercampur dengan dosa berbanding dengan perkara-perkara baik.

Laptop ohh laptop

Recently, (ceh speaking plak tetibe)

oleh kerana sangat suka main game,
(sebenarnye nak elakkan dari fikir assigment yang tak siap beberapa minggu yang lalu :P ),
saya telah meng'crak' OS laptop sendiri..
laptop saya yang menggunakan windows vista, well(speaking g), memang sume orang tahu yang vista ne tak bape best(kalau yang tak tahu , tak tahu jugak).
Kemudian terkedu jap, cuak nak mampos,
oh assgment dalm tue.. ohh isnin ne nak kene bentang, oh dahla tak siap lagi !! ooohh!!
But then,
abang saya datang menyelamatkan, sambil kene marah (hehe)..
die melihat laptop saya,
tak ingat bape lame , tibe-tibe laptop tue da kene format (bende ne berlaku bukan dalam satu hari sebab kitarang banyak keluar pergi beraya)
Alhamdulilah, assigment yang tak siap lagi tue masih ade, walaupun banyak software yang saya suka dah hilang,
Alhamdulilah semua dah settle, sekarang neh..
Thanx to my bro,
hmm secara jujurnya, lelaki neh banyak bende yang diaorang tahu, walaupaun saya yang ambil sains komputer , but, die lebih tahu segala-gala pasal komputer lebih dari saya, cane??
bukan abang saya je, my father also.. huhh
jangan pandang rendah k,
ayah saya merupakan engineer, tapi pasal OS ne pon pakar gak.. fuhh!!
respek sama korang.. !!

P/S: sekarang saya sedang berusaha menyiapkan assgment yang tak siap lagi tue, tapi sangat malas.. ade sape boleyh buatkan??!!